Saturday, 31 December 2016

Tahun Baru 2017

Bismillahirrahmanirrahim.

Oleh kerana hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 2016 maka aku cubala buat satu entry. Setelah sekian lama aku menyepi kini insyaAllah aku bakal merajin kan diri menullis kembali seperti 3-4 tahun sudah. Mohon doa dari kalian. dan moga tiap bait tulisan disini bermanfaat. Sehari je lagi umur ku bakal mencecah 22 tahun (tahun je, bulan tak lagi) .Allah.cepat sungguh masa berlalu. tengok balik post-post lepas pom style post budak baru nak up yang tak berapa matang. But now, bakal masuk 22 dah babe.  dua puluh dua tahun. hmm.satu fasa umur yang mengikut logik akal umur kematangan. Yang menjadi persoalannya, matangkah?  

" Perkara yang paling aku takuti apabila datang tahun baru adalah bilamana umurku semakin bertambah tetapi amalanku tidak "

Allah. very deep sangat quote atas tu.

*Pandang dengan pandangan muhasabah kat diri sendiri sikit*

Allah.. Aku malu. Terlalu banyak kelalaian.Terlalu banyak dosa. Saat manusia memandang kita dengan pandangan penghormatan, saat tu la diri rasa seolah berdosa dan sangat malu. Ye. Sangat malu. Aku bukan muslimah sejati yang layak dikagumi jauh sekali dijadikan idola. sangat tidak layak. Nampak je baik ni kerana Allah tutup aib aku. Andai aib diri ini terbuka, pasti tiada yang ingin mendekat, Sungguh. aku manusia biasa yang masih berdosa tapi punya impian dan harapan untuk menjadi yang luar biasa dipandangan yang Esa. Mohon doa dari kalian. ::--::

Sepanjang 2014,2015,2016 terlalu banyak peristiwa yang menimpa diri ini. Sedih, gembira, duka dan air mata.. ceeewahhhh ayatttt. puih. Ye bermacam cerita yang jika diceritakan satu persatu mahu bosan pulak korang baca. tapi dont worry tak nak cerita panjang pom. Cukup sekadar ku katakan selepas 3tahun di bumi UMT alhamdulillah kini ku telah bergraduasi. dan alhamdulillah, dengan izin darinya, sekarang ku sudah bekerja, walau bukan satu perkerjaan yang gah. tapi cukupla halal dan seiring dengan yang ku pelajari dulu, Mohon bersyukur Adda. ALHAMDULILLAH.

Life selepas bekerja dengan ketika zaman belajar sangat berbeza. totally different.

Rindu zaman belajar weh.Serius tak tipu. Rindu nak 'menggila' dengan mereka yang sama-sama 'gila'. Rindu nak rasa 'friendship goals' balik. Aku boleh lepuk kau, kau boleh lepuk aku. Lepak bilik tikaf untuk maraton cerita tiap kali lepas exam. Malam sebelum exam mesti jadi panda (aku terkecuali sebab selalu tido awal) .Selalu plan nak travel dari sem 1- 6, last-last mereput. Selalu gaduh tapi bila cuti sem suma balik kampung pakat-pakat menahan rindu. wah so sawittt sangat.Kalau ikutkan hati kecil ni nak je join korang further study sama-sama. Tapi apakan daya, ada keperluan yang lagi awla. maaf. 

Masa terus berjalan. Kita semakin renggang. sedikit sebanyak kehilangan ni aku rasakan. Aku busy dengan life aku. Korang busy dengan life korang. Tiada lagi pendengar yang baik kerana masing-masing sudah teruskan kehidupan dengan haluan berbeza. Walau dimana pun kalian berada moga kalian baik-baik aja.

*Teruskan Kehidupan*

Day by day, aku lihat Allah memang sering menguji dengan pilihan-pilihan yang susah. Satu longgokan piliahn. Pilihan yang aku sendiri tak tahu akan membawaku  ke mana kerana aku hanya la manusia biasa yang dibutakan dari melihat masa hadapan. Apa yang boleh kubuat ialah beristikharah dan beristisyarah supaya apabila aku memilih, aku membuat keputusan dengan rasional dan tawakkal.

Hakikatnya. yang namanya manusia itu,punya kuasa memilih yang sangat terhad. Iye. aku boleh memilih sesuka yang ku mahu,tapi hakikatnya dengan izin Allah sesuatu itu terjadi. Bak kata senior aku dulu, takde istilah sesuatu  keputusan itu betul atau salah.kerana manusia macam kita ni tak boleh melihat masa depan. Boleh jadi tiga tahun kemudian,bila kita toleh kebelakang, kita akan rasakan yang keputusan itu salah. Tapi setelah  zaman berlalu, kita toleh belakang ballik, kita akan rasakan keputusan kita itu betul kerana keputusan itu yang membawa kita ke posisi di mana kita berada sekarang.

Mempercayai bahawa kuasa memilih kita ni terhad dan hakikat segala apa yang berlaku dalam hidup kkita ni juga bergantung kepada iradah Allah, seharusnya kita bertawakkal sepenuhnya setelah membuat suatu keputusan yang telah kita fikir baik buruknya. Boleh jadi pada masa akan datang akan rasa nak toleh belakang rasa nak ubah keputusan yang pernah dibuat. Tapi aku harap satu hal. Aku harap ketika ujian sebegitu datang,kepercayaan aku masih kukuh bahawa Allah tak pernah salah mencatur urusan setiap hambaNya. Dimana posisi kita berada sekarang, di situlah tempat yang terbaik untuk aku,kau kita buat masa sekarang. Tugas kita ialah untuk mengenal pasti peranan kita dan mencari sebab kenapa Allah letakkan kita di situ.

Adakah selamanya aku bakal disini?
bekerja dibawah pimpinan bangsa asing.
Ataukah nanti aku bakal menyambung pengajian
atau
mungkin bakal berkahwin dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa?

Well. the future is alway unknown.

Apa pun. Tolong doakan aku, Moga diberi kekuatan untuk meneruskan khidmat selagi diperlukan. Aku yakin yang perkara susah selalunya membuahkan natijah yang baik. Mungkin dari sudut pembinaan karakter,mungkkin juga dari sudut kematangan dalam menilai erti kehidupan. Apa pun syukur itu perlu. Alhamdulillah.

Selamat Tahun Baru. Stay qawiy, moga berjumpa di lain entry.
Assalamualaikum.

Saturday, 2 January 2016

Praktikal punya cerita !

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah taala kerana dengan izinnya beta masih boleh bertapak di site ini untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah, sudah 2 bulan aku lapor diri di tempat praktikal ni, Untuk pengetahuan semua, aku sekarang dah di semester akhir which is Internship, haah! aku dah start praktikal. aku praktikal kat Aliesya Resources.(kejap jer kan) Syarikat ni merupakan syarikat pembenihan dan asuhan ikan marin (kerapu hibrid). ala, dekat je, kat besut. Tak ade la jauh sangat dari rumah tapi untuk berulang hari-hari sangat imposible. Aku stay rumahs sewa la kat sini bersama sahabat-sahabat yang praktikal berdekatan. 

Alhamdulillah. Rumah sewa sini sangat selesa, walaupun tak ade televisyen, mesin basuh dan peti ais. Kami masih bahagia bersama. ;) Semoga kesusahan dan kepayahan kat sini dapat mematangkan diriku yang mana sebelum ini terlampau selesa dengan kemewahan. balik kerja petang-petang ulang buat mende same. BASUH BAJU PAKAI TANGAN,JEMUR BAJU,LIPAT BAJU. HARI-HARI.... berulang.. dan terus berulang insyaAllah sehingga hari terakhir praktikal. Kalau timbun-timbun jer baju tu alamat nye memang dobi la jawabnya. Sebab tu tiap hari kena buat rutin ni.Bila hari-hari lalui mende ni baru pikir tentang kesusahan dan kepayahan golongan-golongan yang berjuang abes-abesan untuk meneruskan hidup sehari-hari. Yang mana kat luar sana masih ramai golongan yang tiada rumah atau tempat berteduh, tiada kenderaan untuk berulang alik, golongan yang ramai anak-anak tiada washing machine untuk membasuh pakaian anak-anak mereka, dan yang lebih teruk dari kami. *titik air mata*
Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.
Allah masih sayang.Allah uji sikit jer sebab nak suruhnya aku ni bersyukur, Maka bersyukur la Adawiah..bersyukur. Alhamdulillah. 
Bab housemate?
wah.. bab yang amat menarik. almaklumlaaa ni merupakan kali pertama nya aku duduk rumah sewa bersama sahabat. can u imagine that feeling.? excited. Hari pertama masuk sangat la excited. Duduk berlima. Lagi la meriah. duduk pulak dengan sahabat yang memang 1 gang time kat u. Cuma rasa kurangnya sebab xcukup 15 orang.haha. dapat berdikari uolls. dapat masak then makan sendiri, hmm. that feeling..auuuw. Allahu akbar.Alhamdulillah. dikurniakan housemate yang sangat baik, caring dan pandai masak(part paling menarik) hahaha. yela. selain dpt makan sedap, dapat la sikit-sikit ambik ilmu tu. sikit jela na. Aima,Amiral,Akmal,Kutin, kalian sangat ohsem!
dalam hidup bermasyarakat ni, bukan rumah kita je kite kena jaga, rumah sebelah-sebelah pom kena jaga. Jiran kena kenal. harus. untuk kemudahan di masa hadapan.hahaha.. Jiran sebelah tu penolong pengurus tempat member ak praktikal. baik orang nya, peramah, dan penyayang sangat..sangat. nak cerita pasal penyayang dia ni, overall rumah dia tu memang jd rumah kucing. makan kucing die jaga, keselesaan kucing die ambik berat. pergh! memang penyayang la dia. masih single na, sape berkenan do pm me. haha. Jiran sebelah lagi pekerja-pekerja resort area rumah ni. haaa. satu keistimewaan rumah kami ni, rumah kami berhadapan dengan  Manor Beach Resort. Selalu la masuk resort tu cuci-cuci mata. hee.  dan pernah diundang untuk Dinner disana. semesti kami tak malu menerima baik undangan tersebut. hahhaaa.


wah.. serius. banyak lagi nak cerita pasal pengalaman praktikal sebenanye, tapi untuk kali ni. cukup sampai takat ni dulu ye. jumpa dilain entry yang tak tau lagi bila akan diupdate, haahaa. maafin patik. mau beristirehat dulu ya. SEKIAN





Thursday, 10 September 2015

Universiti Tarbiah -sahabat

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah SWT pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW , ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat r.a , tabi’ tabiin serta tidak lupa juga kepada mahasiswa dan mahasiswi warga Universiti Tarbiah yang dirahmati Allah sekalian.Erm. Terima kasih kerana membaca, moga aja tiap tulisan dan bahan bacaan yang ada di site ini bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

Alhamdulillah hari ini Allah masih izinkan jari-jemari ini berfungsi.Rasa baru jer masuk sem baru,tup tup dah nak habes dah. tambah tolak kurang lagi sebulan aje lagi aku kat bumi UMT ni. Perasaan saat ini? erm. tak tau nak ungkap macam mane. happy sebab dah nak abes belajar teori, sedih sebab akan berpisah dengan sahabat-sahabat perjuangan,sahabat satu kos, sahabat satu kelab, sahabat satu akidah,sahabat dunia akhirat dan segala jenis sahabat la, sayu jer hati..(sayu hatiku...bila mengenangkan segala yang kita bina bersama haruskah kulupu.......) takut, takut tak kuat bila di lapangan hukhuk   

sayang sebenarnya nak tinggalkan zaman universiti ni.  serius! tak tipu. 

aku sayang sangat. sebab kat sini aku belajar banyak benda, bukan saja ilmu duniawi tapi juga ukhrawi. belajar untuk berdikari, belajar untuk menjaga hati , belajar untuk kenal hakikat kehidupan, belajar menghargai masa, belajar untuk memahami apa itu islam yang sebenarnya, dan banyak lagi *(tapi kadang-kadang rebah tersungkur jugak). Walau rebah tersungkur pom,Alhamdulillah.kau kurniakan aku sahabat yang baik,sahabat yang selalu membantu,sahabat yang sama-sama berusaha mencari redhaMu,sahabat yang tak pernah tinggalkan aku disaat senang mahupun susah. alhamdulillah. Terima Kasih Allah, terima kasih sahabat semua yang mengenali diri ini,walau masih ada yang tidak begitu rapat, tapi kamu semua telah menyumbang kenangan yang insyaAllah takkan kulupakan seumur hidupku, andai kalian sedang membaca bingkisan ini, aku ingin ucapkan terima kasih yang tak terhingga nya diatas semua pertolongan kalian. tak mampu ku balas...Alhamdulillah.aku bersyukur diatas tapisanMu ini yaAllah. (doakan aku moga nanti aku masih dan terus istiqamah)

Sekarang,walau masih bergelar student, sedikit sebanyak aku sudah dapat memahami perasaan kak isz,kak qilah,kak ain, kak hanan dan semua akak-akak yang dah grad. 
"owh, ni la rupanya perasaan yang mereka selalu citer kat aku,  ni la sebabnya mereka tak pernah  lupa bagitau aku supaya manfaat kan waktu ini, waktu bergelar student.."
owh..ni la yea. sekarang aku semakin memahami. kalau ikutkan aku nak je sambung lagi, tapi bila memikirkan hutang piutang yang membelenggu dan menjerat jasad ini, argh! tak sanggup, tak sanggup mati dalam hutang.Takut Allah panggil dulu sebelum sempat aku jelas kan hutang ptptn ni. takpa la Adda, follow the flow,insyaAllah, ada jalannya...(baca dengan Nada Maher zain,insyaAllah)

kuatkah aku? 
Berada di lapangan tanpa Sahabat yang menyokong.
"Astaghfirullah Adda. Adda..Adda. ingat!! Allah ada. Allah selalu ada, tapi kamu yang sering melupakan Allah"
Allahu akbar.

Sahabat.
siapa pun kamu. asal mana pun kamu. hitam atau putih sejarah hidupmu, ingat la 1 perkara, selagi aku mengenali dan mampu mengecam mu ketika berjumpa di jalanan,percayalah yang kamu itu masih ku anggap sahabatku. Walau nanti jalan yang dipilih mungkin berbeza, ku doakan moga aja Allah temukan kita lagi walau tidak didunia insyaAllah moga kita berjumpa di destinasi terakhir nanti, destinasi yang kekal selamanya....


Allahuallam.

Monday, 1 June 2015

Cuti Semester 2015 Final Part

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum ke perenggan seterusnya eloklah kita berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dulu yea. ‘Allahumma solli ala Muhammad waala ali Muhammad’.

Alhamdulillah. Aku masih diberi kesempatan olehNya untuk menghirup udara yang segar dengan nikmat iman dan islam ini.Masih juga diberi kesempatan untuk berjalan dibumi indah lagi aman,Malaysia. Harapnya Malaysia akan bertambah aman  selepas PRU 14 nanti yea. OPS!!!! Saya bukan anti kerajaan! .Oke. waktu cuti semakin hampir ke penghujung nya,jadi adda mohon banyakkan sikit berbakti kat ma n bab ye (mak dan ayah)!  Kadang aku rasa cuti ni sekejap jer, 4 hari lagi aku akan kembali ke kampus dan dapat Bilik Baru !! hooooooooooooooooooooraaaaaaaaaaaayyyyyyyyyyyy…

Yea! Dan aku akan ade junior baharu, sekali lagi rasa diri tua .
Adik-adik sume.kalau jumpe akak jangan segan-segan tau, tegur jer, akak baik dan akak tak sombong ! hahaha over! Kalau perlukan pertolongan bagitau jer, insyaAllah kalau mampu tolong,akak akan tolong.
 -Hakak Senior Prihatin-

p/s : sesape yang baca mohon sangat jangan muntah.

Biasa kan kalau nak masuk tahun baru ke,alam baru ke,umur baru ke, atau ape-ape yang baru termasuklah semester baru,mesti akan ade azam baru kan?
Yes! Dan aku tak terkecuali dalam agenda pemasangan azam baru itu.  semester baru akan menjengah kurang dari seminggu lagi dari sekarang,jadi azam baru tu dah ade la berterbangan di kepala hotak aku ni.InsyaAllah aku cuba capai matlamat tu dan semoga aku tak terus lalai seperti semester2 yang lepas.Mohon doanya yea sahabat.
SHAIRAH ADAWIAH mohon la study sungguh-sungguh semester baru ni. Mohon focus ketika kuliah, mohon jugak jangan banyak skip kuliah.Jangan study last minit. Awak tu kena rajin sikit kalau nak berjaya jangan banyak tido jer. Wake Up ye Adda ! Tak lame dah, 5 bulan jer lagi kat U ni. Jangan hampakan ma n bab kat rumah tu.Bagi kejayaan kat dorang, please yea adda. Please…… Tapi dalam belajar ilmu dunia tu, ilmu akhirat jangan letak tepi ye.Biar seiring. Jangan jadi fitnah pada agama, elakkan aktiviti yang lagha, sahut seruan jihad. Kata nak bau syurga kan? Jadi jangan la futur. Doakan Shairah Adawiah ni kuat dalam menghadapi cobaan hidup ni ye,dan ade tujuan hidup yang jelas.Jangan hidup sekadar hidup, sebab ulat bawah batu pom boleh hidup,tapi hidup biar bermanfaat dan punya misi yang jelas keranaNYA.Moga Allah redha.

Sahabat yang ku sayangi sekalian J
Bila cakap pasal misi,matlamat yang jelas ni,suka aku katakana Allah tak ciptakan kita ni Manusia,sia-sia. setiap yang berlaku itu ade hikmahnya,ada sebabnya. Allah ciptakan kita untuk beribat padaNya, untuk jadi khalifah,jadi daie, supaya agama islam itu diletakkan di tempat tertinggi.Jadi cuba kite renungkan diri kita masing-masing sekarang ni, apa yang aku dah buat untuk Allah? Adakah islam berada di tempat tertinggi sekarang ? adakah hidup aku ni berguna untuk manusia yang lain,? Nak ke kita ni jadi manusia yang tak bersyukur, selepas  nikmat dan kesenangan yang Allah bagi kat kite selama ni, masih bolehkah kita hidup dalam keadaan begini? Masih layakkan kita hidup kat muka bumi Allah ni dengan keadaan kita sekarang? Renung-renungkan dan muhasabah diri.
Kita,Sebagai seorang pelajar,mahasiswa,mahasiswi sekarang ni, belajar adalah nombor 1 tapi jangan letakkan dakwah sebagai nombor 2. Pesan untuk diri sendiri terutamanya dan untuk semua pembaca sekalian. Hidup biar bermatlamat yang jelas. Oke la, stop dulu yea, nanti insyaAllAH cuba untuk menulis lagi. Biasa la, bila start kuliah, bila balik kampus aku memang malas sikit nak tulis entry, doakan a diri ni rajin.haaahahahaha J oke. Part last untuk cuti semester kali ni melabuhkan tirainya.

Assalamualaikum….







Thursday, 28 May 2015

Cuti Semester 2015 part 3



Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah semalam (27/5/2015),telah berlangsungnya 1 majlis pembubarkan kepimpinan PRS sesi 2014/2015 dan naik lah kepimpinan baru untuk sesi 2015/2016. Maka dengan ini berakhirlah tanggungjawab ku sebagai Exco Kerohanian & Kebajikan kelab Pembimbing Rakan Siswa UMT. Alhamdulillah sepanjang setahun aku berada dalam saf kepimpinan kelab ini telah banyak memori yang terlakar sama ada memori manis,pahit,masin,tawar tapi tetap memberi sejuta makna dalam hidupku. Banyak benda baru yang aku pelajari Terima kasih semua. Rasa masih tidak terlambat untuk mengucapkan salam tahniah dan takziah buat kepimpinan baru. gud luck uolls ! 

Saja nak buat throwback sikit. 

macamana aku boleh terjerat dengan kelab ni. Kalau ikutkan kelab PRS suatu ketika dahulu bukanlah 1 kelab yang gah di UMT dan secara jujurnya aku tidak pernah mengenali kelab ini pom, Tapi bilamana Allah kata kun fa yakun, maka jadilah! 
Nak dijadikan cerita, Pada cuti semester setahun yang lalu, ada satu kem yang dianjurkan kelab ni (aku dapat tahu bila salah seorang friends fb aku ade share poster nya). Jadi waktu tu memang aku tersangatlah free dan tersangat lah bosan duk rumah dan juga tersangat lah rindu pada "sweetapplepie". Jadi kitorang berpakat la untuk join kem tu semata-mata nak jumpe geng sweetapplepie ni.Tikaf,Esya,Tehah juga telah mengatakan kesanggupan mereka dari kelantan untuk turun ke teganu.Jadi pergilah kami ke kem tersebut. Dari situlah bermulanya perkenalan aku dengan kelab ini. Sehingga pada hari terakhir kem tersebut, aku 'dilamar' oleh seseorang untuk menjadi exco dalam kelab PRS ni. dari situ juga aku baru sedar yang rupanya kebanyakan yang join kem tersebut adalah ahli aktif dan juga sekretariat PRS sebelum ni.Tujuan kem tersebut diadakan adalah bagi mengenal potensi dan bakat ahli untuk dilantik menjadi barisan kepimpinan sesi baru. terkejut jugak aku! tak sangka niat nak gi main-main akhirnya membawa aku mengenali kelab ini dari perspektif berbeza. Yeah, memang agak berat untuk menerima tawaran tersebut, ye la, rasa diri ini tak layak dan tak mampu lagi untuk menggalas tanggungjawab tersebut, tapi selepas dipujuk dan berfikir panjang maka aku bersetuju. 


*Keluarga Baru di Bumi UMT*

Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMT merupakan satu-satunya kelab yang bernaung di bawah unit psikologi dan kaunseling UMT. dengan slogan "Bantu Diri Dan Bantu Orang Lain" kelab ini telah bergerak secara proaktif untuk dikenali dan agar dapat bermanfaat untuk seluruh mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu. program demi program diatur dan dilaksanakan demi merealisasikan slogan kelab ini.Alhamdulillah sekarang kelab ini makin dikenali oleh mahasiswa mahasiswi UMT, dan juga turut turut dikenali oleh prs unimap dan prs uum. 

Sedih rasanya untuk meninggalkan family prs ini,tapi apakan daya masa bersama sangat singkat, aku masih ade tanggungjawab lain yang harus dipikul.Aturan Allah sungguh indah. Allah masih menyayangi diri ini,dan tak ingin melihat diri ini lalai maka dia hadirkan 1 "tanggungjawab lagi" agar aku semakin dekat denganNYA.  Tanggungjawab satu lagi ini lagi mencabar dari menggalas jawatan dalam kelab PRS ini. lagi memerlukan pengorbanan yang double triple hebat dari sebelum ini.  Doakan diri ini ya sahabat.

Moga berjumpa lagi di lain entry.

#roadToMuslimahQawiy
#RoadToGenerasiUlulAlbab
#MogaBermanfaatUntukUmmah




Monday, 25 May 2015

Cuti Semester 2015 part 2

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum J

Jumpa lagi kita dalam misi update belog sepanjang cuti semester kali ni yea. Ops! Lupa da.. Selawat dulu yea. Allahumma solli ala Muhammad. Isu kali ni tak lain dan tak bukan adalah isu yang mana hadek-hadek dan hakak-hakak suke which is “nikah muda”. Makkk takde pengalaman sangat pom berkenaan isu ni jadi tak leh lah makk nak hurai banyak. Tapi yang makk nak ceghita ni adalah pengalaman makk sendiri yang dah gatai nak nikah bilamana tergugat tengok sahabat yang sama umoq dah tunang,nikah,bakal menimang cahaya mata dan ade jugak yang sudah giat meng`upload gambaq-gambaq anak kat Instagram,facebook,wechat dan sebagainya.(saia taakkkk kuattt)

Akhir ni ramai beno sahabat-sahabat yang dah jumpe imam mereka. Ade jugak yang orang putih kata tu “one step closer” gituuhh.bahagia tengok hangpa suma bahagia dan part paling happy bilamana aku dapat makan free.haha.nanti jemput la lagi yea,insyaAllah kalau takde halangan aku attend.dalam kebahagian melihat sahabat-sahabat yang membesar bersama bahagia,hati ni kekadang meronta nak jugak .haahahah..(gedik)

aduhhh.tergugat ! lemah betol iman ni. Istighfar adda,istighfar. Aku ni tak mampu lagi, diri sendiri pom haru ni nak uruskan orang lain. Pakaian pom masih mak aku yang basuhkan, rak buku tuuu haa, bila rajin baru kemas.. Memasak? Masak air jer mampu !  ermm……


Kan aritu uncle jib ade bagi BB1M (baucer buku 1 malaysia),  mood pulak tengah menggedik waktu tu bila tengok sahabat-sahabat naik pelamin. Borong la 2/3 bijik buku masakan. Bajet nak belajar masak la, nak kawin la katakan,biaq pi la calon tadak lagi pom. Asal preparation itu ade.hahaha. kot-kot  la sepanjang aku cuti ni ade yang tersesat mai meminang kat rumah.hahahha (berangan biaq sampai bulan)


Bawak balik ingat la mak bapak aku puji, balik-balik kene perli (atau orang teganu sebut nganjing),
Xrajin rajin pom lamo ni  tengok adik nok belajar masok, ni mesti dah ado calon ekh? (antara yang aku ingat,hehehehehe J )


Aduhh. Bapak aku ni pom, patutnya bagi la sokongan sikit. Baru up semangat anak nak berubah ni. Haha.sepanjang cuti ni ade la masak sikit-sikit. Alhamdulillah ade jugak la yang memikat hati orang-orang kat rumah ni.hehehe. J daaannnnnnnnnn…………ade jugak yang hangit ! hehhe. (makkk ni budak baru nak up!hahahha) takpe. Adat la belajar, bila gagal tu kena la usaha lebih lagi untuk berjaya. Bak kata Nur Madihah “tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu’’. Jadi kali ni, kena la korban kan periuk ma! ^Tamat la sudah riwayat mu periuk^


Hah! Adda,tengok ! macam ni nak kawin, erm. Jangan.jangan. kau tak layak lagi ni, tak sedia lagi. Member kau yang dah kawen tu tengok pulak macamana, masak tiptop,rajin,sopan santun,hormat orang tua,dengar kata. Pokoknya, memang nampak dah bersedia la nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kau kena work hard lagi, dan takyah la pikir sangat,nanti bila sampai masanya, jodoh tu sendiri datang. Jangan semakkan kepala pikir benda yang belum tentu.Asyik nak jadi zaujah,zaujah jer. Ingat la,zaujah tu belum tentu sempat tapi  yang pasti nya kau tu bakal jenazah, baik kau prepared diri kau untuk mengadap Allah nanti, amal ibadat biar double triple lagi baik dari sekarang, istiqamah dalam perjuangan!  Jangan layankan sangat penyakit hati ni, semakin dilayan semakin menjadi-jadi. Adda  qawiy ! Doakan diri ini yea        sahabat.ok.Assalamualaikum :) 

Saturday, 11 April 2015

Cuti Semester 2015 part 1

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.Mulakan pembacaan seterusnya dengan selawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda S.A.W.

Hmm.Rupanya dah lama aku tak meng`update’ blog ni. Berbulan-bulan dah!  Bukan tak der cerita nak share tapi tangan ini sangat malas nak bukak blog.tak tau la kenapa. Ok. Korang ape cerita? Harapnya sume sihat walafiat la yea (ceh! Bajet macam ade orang bace je blog yang xrupe blog ni). Aku Alhamdulillah masih diberi peluang lagi oleh Allah untuk menghirup udara yang segar dengan amannya lagi. Alhamdulillah diatas nikmatMU ini ya Allah.

Yeah! Time passes real fast,rasa macam baru jer seminggu yang lalu aku masuk daftar kat U, tup2 tinggal satu semester je lagi kt UMT. Hmm. Kekadang rasa nak habes cepat-cepat je belajar, tapi bila pikirkan member –member rase sebak pulak. Yela lepas ni mungkin kita dah  x leh macam sakarang dah, masing2 bawak haluan masing2. Mungkin ade yang akan sambung belajar lagi, mungkin jugak ade yang akan pilih untuk kerja dulu,kawin dan kalau yang sambung tu mungkin bukan dalam bidang yang sama,  masing2 akan susah untuk berjumpa. Huwaa…… sedih !  tapi ingat la sahabat, even our path may change as life goes on,but hopefully the bond between us remains ever strong !  Aku sayang korang sume, Thank u for being a part of the friends through  journey of my life. Moga 1 semester yang tinggal lagi ni dapat merapatkan lagi ukhuwah  sesame kite.Jom ! sama-sama cipta memori lagi.. #DOF

Cuti. Haah! Cuti.
Alhamdulillah diawal cuti aritu aku dihidangkan dengan 1 program yang banyak merubah hidupku. Start dari tu, aku baru mengerti tujuan aku dihidupkan.

Astaghfirullahalazim Adda, dah 20 tahun dah kau hidup,baru sekarang kau jelas tentang kenapa kau hidup,

 Ya Allah, malunya! Rasa macam hidupku selama ni tak berguna, sia-sia.! Sekarang baru aku jelas, dan aku baru “Nampak” dunia sebenar. Aku akan cuba teruskan perjuangan ni.Aku sedar jalan yang ku ambil ni bukan jalan yang senang,bukan dihamparkan dengan karpet merah,tapi penuh duri . Diharap segala apa keputusan yang ku ambil kini mendapat keredhaan dariMU ya Allah. Doakan aku istiqamah dengan jalan ini.

Oke la. Stop duluan.. Moga bermanfaat. J Assalamualaikum.